Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Episode 6 " Jangan jadi mahasiswa lembu boleh tak?"



Masuk universiti untuk dapatkan ilmu bkn skadar nak dpt kerja, tp mendapat ilmu untuk menegakkan kebenaran. Org ambik law untuk menegakkan sistem kehakiman mahkamah. Org ambik jurusan ekonomi untuk membetulkan sistem ekonomi yang pincang. Org ambik jurusan kewangan untuk menilai aliran pengurusan kewangan negara sama ada ketirisan atau tidak. Kita jangan terlalu ikut teori Adam Smith dimana setiap manusia adalah mempunyai fungsi pengkhususan statik dalam aktiviti ekonomi. Kita adalah MANUSIA, bukannya ROBOT yang diprogram....-QF
Masih ada lagi yang tak fahan tentang fungsi mahasiswa...
Okay, aku ngaku aku ni bukan aktivis mahasiswa seperti Adam Adli,
sekurang-kurangnya aku faham yang mahasiswa ni tugasnya bukan belajar semata2...
belajar sampai 5 tahun semata2 nak jadi pekerja sahajakah?
tak ubah seperti lembu..
masuk kandang, makan rumput biar sampai gemuk,
lepas keluar kandang kena sembelih...
tu la hidup mahasiswa zaman sekarang...
kalau begitu, baik tak payah masuk universiti,
kau duduk saja dekat sekolah menengah sampai umur 23 tahun....

Episode 5 "Kemenangan Rakyat"


901...tarikh yang bermakna...
Idola aku bebas dari kesnya...
Dari semalam aku tak tidur tenang kerana memikirkan nasibnya hari ini.
Pagi tadi, dengan hanya berbekalkan sumber maklumat dari twitter dan facebook,
aku menanti dengan penuh debar keputusan mahkamah.
Namun, debaran itu akhirnya terhenti apabila aku membaca tweet dari Chua Jui Meng,
"Anwar Acquited!"
Lepas tu, berduyun2 tweet dari pro-PR memberi mesej yang sama...
"Anwar BEBAS"
"Anwar Menang"
"Kemenangan milik rakyat!, DSAI dibebaskan"'
Tanpa aku sedari,
air mata aku mengalir disebabkan terlalu gembira...
Kemenangan milik RAKYAT juga akhirnya....
Namun, ini baru langkah pertama bagi kami,
untuk melangkah ke Putrajaya...
Lawan Tetap Lawan!

Faith in Justice...RESTORED!