Friday, January 27, 2012

Episode 8 "Kismis"



Sekarang ni, semua benda pun boleh jual.
Termasuk agama,
Kalau kau pandai bagi ceramah,
dengan modal air liur kau,
kau boleh caj sejam berapa ribu ringgit kalau orang nak dengar ceramah kau...
Kalau kau ada perniagaan jual kismis,
kau letak la ayat-ayat suci kat kotak kismis tu,
pasti laris...
Kurma pun boleh kalau kau ada modal besar...
Kelakarnya agama sekarang ni...

Tuesday, January 17, 2012

Episode 7 "Parallel - I"

wh


If the theory of #parallel_universe applied in my life,
Many worlds will be created,
because some decisions I have made,
Each of them has different past,
different present and the future....
I'm not sure whether this universe,my current universe,
is better than the other universes....
I really want to know what happened with the" other me"...


p/s: Call me crazy or what, i believe in parallel universe theory...=)

Monday, January 9, 2012

Episode 6 " Jangan jadi mahasiswa lembu boleh tak?"



Masuk universiti untuk dapatkan ilmu bkn skadar nak dpt kerja, tp mendapat ilmu untuk menegakkan kebenaran. Org ambik law untuk menegakkan sistem kehakiman mahkamah. Org ambik jurusan ekonomi untuk membetulkan sistem ekonomi yang pincang. Org ambik jurusan kewangan untuk menilai aliran pengurusan kewangan negara sama ada ketirisan atau tidak. Kita jangan terlalu ikut teori Adam Smith dimana setiap manusia adalah mempunyai fungsi pengkhususan statik dalam aktiviti ekonomi. Kita adalah MANUSIA, bukannya ROBOT yang diprogram....-QF
Masih ada lagi yang tak fahan tentang fungsi mahasiswa...
Okay, aku ngaku aku ni bukan aktivis mahasiswa seperti Adam Adli,
sekurang-kurangnya aku faham yang mahasiswa ni tugasnya bukan belajar semata2...
belajar sampai 5 tahun semata2 nak jadi pekerja sahajakah?
tak ubah seperti lembu..
masuk kandang, makan rumput biar sampai gemuk,
lepas keluar kandang kena sembelih...
tu la hidup mahasiswa zaman sekarang...
kalau begitu, baik tak payah masuk universiti,
kau duduk saja dekat sekolah menengah sampai umur 23 tahun....

Episode 5 "Kemenangan Rakyat"


901...tarikh yang bermakna...
Idola aku bebas dari kesnya...
Dari semalam aku tak tidur tenang kerana memikirkan nasibnya hari ini.
Pagi tadi, dengan hanya berbekalkan sumber maklumat dari twitter dan facebook,
aku menanti dengan penuh debar keputusan mahkamah.
Namun, debaran itu akhirnya terhenti apabila aku membaca tweet dari Chua Jui Meng,
"Anwar Acquited!"
Lepas tu, berduyun2 tweet dari pro-PR memberi mesej yang sama...
"Anwar BEBAS"
"Anwar Menang"
"Kemenangan milik rakyat!, DSAI dibebaskan"'
Tanpa aku sedari,
air mata aku mengalir disebabkan terlalu gembira...
Kemenangan milik RAKYAT juga akhirnya....
Namun, ini baru langkah pertama bagi kami,
untuk melangkah ke Putrajaya...
Lawan Tetap Lawan!

Faith in Justice...RESTORED!

Saturday, January 7, 2012

Episode 4 "Bangsa vs Kelas Sosial"




aku merdeka dari kurungan bangsa,
melayu pecah belah aku peduli apa,
yang penting perjuangan antara kelas sosial diutamakan,
yang miskin lawan yang kaya,
yang bawahan dengan yang elitis,
perjuangan bangsa sudah lapuk.....

Friday, January 6, 2012

Episode 3 "Mahasiswa Berpolitik"


Sekarang ni mahasiswa dah pandai menuntut hak mereka,
hak berpolitik, hak bepersatuan dan macam2 hak lagi,
menuntut AUKU dibakul sampahkan,
undang-undang zalim mengikat mahasiswa seperti lembu.
Yang pasti, ada suara sumbang mengkritik mahasiswa berhaluan kiri ni.

Kamu cakap, mahasiswa yang suka berpolitik ni membuang masa...
tapi kamu tak kata pun mahasiswa yang terlibat dengan dunia artis ni membuang masa?
Kamu cakap, mahasiswa yang suka berpolitik ni mempunyai tahap akademik yang teruk..
tapi kamu tak nampak ramai lagi mahasiswa yang duduk bilik belajar 24 jam tapi masih repeat?

Kamu semua ni sememangnya lembu,
kononnya tak mahu menghuru harakan negara,
mahukan keamanan konon,
kamu sedar tak negara kita tak lah aman seperti yang disangka?
segala keamanan yang kita rasai sekarang ni hanyalah "sugar-coated"
kamu hanya nampak yang indah-indah belaka di media...
kamu nafikan korupsi,rasuah,penyalahgunaan dana negara di negara ni...
maklumlah...kamu ni tak minat politik?
apa yang kamu minat?
Akademi Fantasia? Vokal? Mentor? Konsert Sure Heboh?
Kamu hadamlah semua sampah itu semua....

Kami nak berpolitik,kami punya suka!

Episode 2 "Nak habis dah"



Hari ni aku dah siapkan semua report aku! (Ada orang panggil thesis,mana2 je la)
Aku dah siapkan dari muka depan sampai la chapter 6: conclusion & recommendation,
pastu aku dari print 3 copies,
satu untuk penasihat pertama,
satu untuk penasihat kedua,
satu untuk ketua program BBA Finance, tapi yang ni kena hardcover,
kerana nak hardcover, hilang RM40 aku...
Nak belajar bukan percuma,
masa nak habis belajar pun bukan percuma....
Nak buat macam mana?
Aku hidup dalam dunia kapitalis....

Episode 1 "Pengenalan blog sampah"



Ni tempat luahan perasaan aku.
Dunia realiti kadang-kadang memenatkan,
jadi aku buang segala sampah  dunia realiti dalam blog ni.
Blog aku yang lagi satu ni diharap bagaikan satu blackhole,
menyedut segala rasa depressi,kecewa dan pelbagai lagi perasaan negatif.
Ini tempat luahan aku yang alternatif.

Tak perlu follow blog ni. Blog ini tak ceria, tak kelakar dan ianya sampah.
nak follow aku gak?

follow la blog aku yang ceria satu lagi....FUKKENLOL